Apa sudah jadi pada Pilihanraya ke-12 kali ini..?? Apakah rakyat sudah mula berfikir atau rakyat sudah mula berasa bosan dengan keadaan sekarang ini… Apakah kekurangan sebelah pihak dan apa pula kelebihan sebelah pihak lagi sehingga rakyat mula beralih arah…
Keputusan Pilihanraya kali ini sememangnya telah aku jangka sejak tarikh pilihanraya diumumkan lagi… terbukti jangkaan aku tepat… semestinya ada kejutan yang tidak disangka-sangka akan berlaku… apa sudah jadi…?? di mana silap nya..?? di mana kelebihannya pula..??
Sememangnya aku nie bukanlah jenis orang yang minat berpolitik… tapi aku mengikut segala perkembangan politik yang ada tidak kira dari mana-mana pihak sekalipun… secara jujurnya aku katakan… aku masih tidak menyebelahi mana-mana pihak lagi… aku masih dalam penilian untuk menentukan yang mana paling sesuai untuk aku sokong dan yang mana paling sesuai untuk aku tepiskan.. sekiranya ada lagi orang yang berfikiran macam aku nie… mereka-mereka ini masih ada peluang untuk memancing undi kami untuk pilihanraya akan datang… dengan membuktikan kebolehan yang ada…. biarlah orang kata aku seperti lalang… sekejap sebelah sini… sekejap sebelah sana… tapi ternyata aku masih tidak percaya kedua-dua pihak setakat ini…. aku masih pegang kepada kepecayaan sendiri… yang aku cuma percaya sekarang hanyalah Dia yang Satu dan takdir yang ditentukan olehNya… itu saja….
Apa yang telah berlaku sememangnya memeranjatkan ramai pihak… biarpun aku tidak turun untuk membuang undi kerana aku berada di perantauan… tapi berita ringkas yang dapat aku baca di CNN pagi semalam sudah berjaya membuktikan jangkaan aku ini tepat… cuma bernasib baik tidak berubah kepimpinan…. memang orang mengatakan menunaikan tanggungjawab dengan membuang undi itu penting… tapi kalau difikirkan balik… apalah sangat 1 undi… sekiranya kita kalah majoriti hampir seribu undi…. sekiranya kita kira secara matematik pun kita tahu…
Apa sudah jadi..?? ternyata rakyat sekarang sudah mula berfikir… siapa yang sesuai dan siapa yang tidak… keputusan pilihanraya ke-12 ini pun telah menyatakan dengan jelas apa keinginan rakyat… rakyat mungkin sudah bosan dengan apa yang dinyatakan oleh pihak sebelum ini… dan mula memikirkan pembaharuan… terbukti apa yang berlaku dalam 4 tahun ini amat meresahkan hati rakyat… terutama sekali berkaitan dengan kenaikan harga barang… apalah sangat gaji rakyat yang boleh disimpan sekiranya harga barang sentiasa naik… memang pendapatan kasar rakyat sekarang sudah meningkat… tapi kalau harga barang pun meningkat apa gunanya… dengan kehidupan sekarang ini penuh dengan hutang piutang… apa yang lebih menarik lagi… belum habis belajar lagi… hutang dah melambak-lambak… kalau yang hidup senang takper… tapi kasihanlah kepada orang susah untuk mendapat pendapatan… orang yang terpaksa kais pagi makan pagi tue… apalah sangat keuntungan yang kita ada… sekiranya kita rajin berkongsi dengan orang miskin atau kurang pendapata… itu bukan beramal namanya… program Bersamamu sahaja tidak cukup untuk membantu orang-orang susah ini… Yang mana yang berada tue janganlah lupa diri… bantulah orang yang susah… lagi rajin kita berkongsi rezeki… lagi besar rahmat yang kita akan perolehi di masa kelak….
Kenaikan tol satu isu lagi… sekiranya tol selalu naik… macam mana rakyat nak selalu pulang ke kampung untuk berjumpa saudara mara… gaji tak seberapa… sekali pulang ke kampung… ada yang akan habis dekat separuh gaji bulanan mereka… sekiranya dah begitu… macam mana mereka nak mengeratkan ikatan kekeluargaan… macam mana mereka nak merasa nikmat dusun-dusun yang ada di kampung… jangan kita fikir pokok tidak berbuah sebab dia sudah tidak boleh berbuah… pokok pun ada perasaan sekiranya tidak ada orang yang datang memetik buah… baik dia tidak berbuah langsung… sekiranya berbuah… membazir saja…
Kita sering diingatkan dengan sejarah perjuangan silam… sememangnya sejarah perjuangan silam itu mendatangkan seribu satu makna kepada kita… dan kami rakyat memamang berterima kasih dengan perjuangan tokoh-tokoh terdahulu…. tapi sejarah silam sahaja tidak mengukuhkan hujah-hujah yang dilemparkan… kita harus sedar… apa yang berlaku adalah bukan pada masa lampau… rakyat dah tak lihat masa lampau dah… yang rakyat dapat lihat sekarang adalah apa yang berlaku sekarang ini… apa salah silap zaman ini…. yang silam itu sudah menjadi sejarah… dah masuk dalam buku sejarah pun… tak guna diungkitkan… hanya boleh dikenang sahaja… tak guna juga kita ungkitkan sejarah perjuangan silam… sekiranya perjuangan kita pada abad ini tidak nekad seperti perjuangan tokoh-tokoh terdahulu… perjuangan sekarang banyak yang dijalankan hanya kata-kata sahaja… tak guna juga kita menyatakan setiap projek ini kita yang lakukan… bagi mereka yang mudah meluat… mereka akan merasa meluat jika melihat projek ini adalah dari ini… projek itu adalah dari itu…
Apa yang terjadi baru-baru ini biarlah kita ambil buat iktibar…. janganlah kita nak menuding jari pada sesiapa… kita renung balik… kita fikir balik… di mana silapnya… yang di atas perlu sentiasa beringat… kita tidak semestinya selamanya di atas… sekiranya kita tidak melakukannya dengan bersungguh-sungguh… kita akan jatuh… yang di bawah pula jangan asyik saja mencari kesalahan di atas… kerana nanti kita dan rakyat yang akan merana… bantulah dia sekiranya dia perlu… tegurlah dia sekiranya ada kesilapan yang terlihat…. jangan biarkan mereka-mereka ini lalai dengan duniawi… kerana bak kata Tun Dr Mahathir… melayu mudah lupa…. renungkanlah ayat tersebut… sememangnya manusia ini lemah… mudah lupa pada tanggungjawab… mudah hanyut pada kebendaan… dan ingat mengingati antara satu sama lain adalah tanggungjawab kita bersama… ingat itu… jangan fikir kita orang biasa kita tak ada tanggungjawab… itulah tanggungjawab paling utama sekali dengan ingat mengingati sesama kita….
Yang berjaya pada pilihanraya kali ini… Tahniah di ucapkan… tunaikanlah tanggungjawab dan apa yang telah dijanjikan pada rakyat… jangan abaikan…. dan jangan lupakan… pada yang kurang bernasib baik… mungkin bukan nasib kita… rakyat yang menentukan… kepada yang kecewa… fikir balik apa silap kita… apa salah kita… renung balik… dan cuba perbaiki segala kesalahan itu… ingatlah… manusia sentiasa lalai dengan hasutan syaitan…. apa yang aku boleh katakan… kita akan lihat perkembangan mereka yang berjaya ini dalam masa 5 tahun lagi… rakyat akan lihat segala yang kita lakukan… dan rakyat akan menilai balik setelah 5 tahun berikutnya… tunaikanlah tanggungjawab dan apa yang dijanjikan sebaik mungkin… fikirkanlah…
Jadi ingatlah… kenyataan ini bukanlah berpihak pada mana-mana… ia hanya sekadar luahan… dan sekadar untuk ingat mengingati antara satu sama lain… kerana kita tidak akan dapat lihat kesalahan kita sendiri… hanya orang yang akan perasan…. pilihanraya sudah selesai… bekerjasama lah antara satu sama lain… jang pentingkan diri sendiri…. jangan memberatkan tulang sekiranya pertolongan diperlukan… biarlah pertelingkahan fahaman hanya berlaku dalam pilihanraya sahaja… bukan selepas pilihanraya…
-frenz4ever-|-zekazroy-