DESTINATION 1 - JAPAN Part1
Lama dah aku nak tulis cerita nie tapi tak berkesempatan… untuk pengetahuan mereka yang tidak tahu… aku telah berjaya menjejakkan diri di negara kelahiran Ultraman, Gaban, Masked Rider, n seangkatannya lah pada hujung ulan Jun yang lepas… negara Jepun lah…
Aku pergi ke sana kerana dihantar oleh company aku untuk menghadiri training yang diadakan oleh NEC Jepun… training ni berkaitan dengan kerja kita orang lah… huh… betapa berbangga dan bersyukurnya aku kerana diberi peluang sebegini…
Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 6 jam lah… dengan menaiki kapal terbang… bukan jalan kaki macam Blalang… hehehee… flight kita orang masa tu pagi kul 11… nak kena check in flight kul 9… fuh rasa malasjer nak bangun pagi… tapi nak pergi Jepun punya pasal… kenalah paksa diri bangun pagi… aku pergi sana dengan officemate aku… semuanya 5 orang termasuk aku… sesampai jer sana… semua jadi jakun kejap… maklumlah masing-masing tak pernah pergi Jepun kan… training kami di sana mengambil masa lebih kurang 2 minggu… di dua tempat yang berlainan iaitu di Kawasaki (bukan motor kawasaki yer) n Sendai….
Sesampai di Narita airport kami terus mengambil teksi dan pergi ke tempat penginapan yang telah disediakan di Kawasaki… kami duduk seorang sebilik… Jepun takut 2 orang lelaki sebilik… selama 5 malam kami di sini… tapi training hanya 3 hari… training bertempat di Kanagawa Science Park… dekat Kawasaki jugak lah… Kawasaki ni terletak di Selatan Tokyo… kalau tak percaya cuba tengok peta… perjalan ke tempat trainig lebih kurang 45 minit dengan tiga pengangkutan kaki, tren, n bas… kami perlu berjalan lebih kurang 10 hingga 15 minit ke stesen Kawasaki di mana di situ kami akan menaiki tren Ginza Line ke tempat latihan di Musashi-mizunokuchi… tren mengambil masa 29 minit (betul… perjalanan dia 29 minit)… apa yang mengagumkan aku sekarang ni… perjalan dia memang selama itu… lepas tu dia ada letak pukul berapa keretapi tiba n keretapi tu memang tiba mengikut masa… tapi kena tengok bebetul… silap naik pergi tempat lain… dia ada macam-macam link… nasib baik first day tu ada orang dia datang tolong tunjukkan… sesudah tiba di stesen yang ditujui tu… kami kena naik bas… yang bestnya bas dia ni… lepas pukul 10 pagi free.. tak yah bayar… tapi kena bayar jugaklah… sebab kami kena sampai sebelum kul 9… hahaha… kelas pulak pukul 9 pagi hingga 4 petang… fuhh… heavennya rasa… di sini kami diajar dari konsep teori jer… praktikal kat Sendai tu nanti… balik perjalanan pun sama jugak… tapi masa balik tu tak balik hotel dulu… terus pergi merayap bandar Kawasaki tu… dengan pakai blazer tu… tapi tak pelik bagi orang jepun… sebab kalau office hour memang dia orang macam tu… ada yang naik basikal pakai blazer… even bercinta pakai blazer…
Lepas tiga hari training kami dapat satu hari free… apa lagi… pergi berjalan lah… destinasi yang disasarkan adalah Tokyo Disneyland…
yeeha…!! tapi tiket dia mahal… nak masuk punya pasal… mahal pun tak kisah… sekali masuk 5800 yen (kira sendiri)… memang best bila sampai situ tapi tak sempat nak enjoy abih… sebab orang ramai sangat… macam berjalan di KL pulak hari tu… sempat main 2 game jer… lagipun kami nak pergi tempat lain belah petangnya… so tu yang balik cepat sikit… petangnya pulak kami pergi ke Akihabara.. tempat ini dipanggil bandar elektronik… sebab macam-macam barangan elektronik bersepah jual kat sini… bebudak ni abih beli kamera.. aku tak beli.. sebab takder budget…
Oklah.. sampai sini dulu… nanti aku sambung lagi untuk minggu kedua pulak…
-frenz4ever-|-zekazroy
Entries (RSS)
mantap la hang arip.. jeles plak aku xleh p hongkong ngan jepun.. dah la bnyk amoi kat sana.. hahahaha..
nippon ne!! best giler!! destinasi idaman along tu!! wa!! tak suke arif… g sorang2… ahahaha… good luck tau rif.. nanti nak tgk gamba banyak2 dari jepun ley?? huhuu…
hi arip…
best nya kat hong kong…
teringat time aku seminggu kat sana.. memang best…
tapi aku tak dapat bayangkan cam ner ko boleh survive dok kat sana lama2…nak makan susah ooo… nway, selamat menyambut hari raya di perantauan dari mie & ena…