DESTINATION 1 - JAPAN Part 2
Ok.. hari tue aku bercerita pasal kisah aku di Kawasaki… sekarang nie aku nak cerita pulak kisah kami di Sendai, Jepun pulak… Sendai nie terletak di Utara Jepun (kalau tak caya jugak tengok
peta lagi)…. jarak dier dari Tokyo lebih kurang 400km… lebih kurang KL dengan Aloq Setaq… hehehe… perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam dengan menaiki Shinkansen (Bullet Train)… macam tak percaya kan dari KL ke Kedah 2 jam jer…. tapi ini realiti…
Kami terpaksa keluar pada awal pagi Ahad tue kerana hotel-hotel di Jepun nie semuanya check out pukul 10 pagi… kami semua pergi ke Stesen Kawasaki menaiki teksi (tak larat nak heret beg… masih berat…) untuk pergi ke Stesen Tokyo… kerana di Stesen Tokyo itulah kami akan menaiki Shinkansen untuk ke Sendai…. Stesen Tokyo nie memang besar… kalah KL Sentral… so kalau silap jalan confirm sesat… Stesen nie kalau tak silap aku dekat 4 tingkat… kalau tengok memang kagum… dari underground sampailah ke Shinkansen yang terletak paling atas sekali…. tapi di sebalik kagum tue ada yang sedih nyer… kami terpaksa menjadi macam orang merempat kat stesen tue… sebabnya keretapi kami pukul 3 petang… mahu tak sedihnya… dahlah duduk merempat macam pelarian… then makan
macam pelarian jugak… tapi apa nak buatkan… terpaksalah… dah lah makan pun susah… nasib baik memasing ada bawa bekal dari tanah air… so kongsi reramai lah… ada member yang tolong belikan nasi… kalau korang tengok mesti pelik n sedih(nanti aku upload gambar)… so kami pun naik tren lebih kurang pukul 2.55 petang… kalau dari dalam nampak tren tue macam tak laju jer…. tapi sekali tue time hujan… nampaklah air tue mengalir macam mana…. dalam tren nie macam kapal terbang… ada pramugari… hehehe…
kami tiba di Sendai lebih kurang kul 5 petang… terus gerak ke hotel dengan instructor kami… n berehat…. malam tue merayaplah apa lagi… tapi malam di sana memang sejuk… macam kat genting… nasib baik aku realise… so aku dah pakai long sleve semua… ada member aku yang pakai seluar pendek… langsung tak tahan…. besoknya kami start training untuk praktikal di kilang Celestica
NEC…. pergi balik ada driver jemput… hehehe… macam bos pulak… kat sini kami dapat lihat equipment tue dgn lebih dekat lagi… kami juga diajar untuk troubleshoot…. so selama 4 hari kami di sini dan kami pulang kembalik ke Tokyo pada petang khamis…
balik ke Tokyo kami menetap di Ueno untuk dua hari… besoknya kami pergi ambil sijil tamat kursus di NEC Super Tower… memula kami fikirkan majlis ni lama… tapi sekejap jer… n tak formal pun… tengah hari tue kami boleh balik… dah balik tue apa lagi… jenjalan lah… kami terus tuju Asakusa… kawasan temple dia lah… kat sini ada banyak souvenier… tapi souvenier sumer memahal… takleh buat apa lah… dah jenguh shopping dalam hujan tue kami pulang ke hotel tapi berpecah… aku dengan abg rasit balik dulu… razif, brahim n riduan berhajat nak pergi Akihabara tapi tak jadi… masa aku balik dgn abg rasit tue sempatlah singgah taman kat Ueno nie… bukan main cantik lagi view dier… sambil tue kami survey tiket Kensei Line (tren ke Airport) untuk besok…. sepulang jer ke tempat penginapan… kami tengok budak tiga orang nie dah balik… rupanya diorang balik dulu tukar baju n then baru pergi Akihabara….
Akhirnya, besok tue kami pulang ke tanah air pada pukul 11 pagi… betapa indahnya pengalaman berada di Jepun… biarpun makan nya susah… kalau boleh rasa nak pergi lagi… tapi kalau boleh time bunga sakura tengah kembang ler… hehehe… masa dalam kapal terbang nak balik tue…. kami berkenalan dengan dua awek jepun yang nak melawat Malaysia… nama dia Takako n Ichi…. fuh rasa bangga ada awek Jepun… hehehe…. anyway lepas balik nie… kami kena terus bertugas… tapi tak tau lagi pergi ke mana….
oklah setakat nie sahaja… sehingga ke catatan perjalan aku yg seterusnya…
-frenz4ever-|-zekazroy-
Entries (RSS)