Destination 2 - Cherating
Balik jer dari Jepun aku telah ditugaskan ke Cherating, Pahang bersama rakan-rakan seangkatan yang lain… tidak sampai seminggu kami di KL lagi dah kena ke tempat lain… apa nak katakan… dah tugas… di sini kami membuat installation di Telekom Cherating… kami dihantar ke sana selama 2 minggu untuk tugas ini…
Bila sampai Cherating ni.. aku rasa tak der apa yang aku boleh ceritakan… sebab kebanyakkannya semua dah pernah jejak Cherating… apa yang menarik adalah keropok-keropok lekor yang ada dijual di sepanjang jalan ke Kemaman…
Pada minggu pertama kami bekerja macam biasa… hehehe… malamnya…. pergi karaoke lah pulak… kat sini karaoke bersepah…. ada yang satu lagu RM 1, ada yang RM 1.50 dan macam-macam harga lagilah… biasalah… pepagi kerja dah penat… so malam enjoy lah sikit sambil menikmati juadah makan malam…. yang menarik nya… kebanyakkan karaoke nie ada di kedai makan… so terasa macam penghibur sambilan lah sekejap bila menyanyi tue…
Hujung minggu kami ke Kuantan… ikut member aku… dia nak jumpa member dia…. so follow jer lah… daripada boring duduk kat bilik… yang bagusnya… member aku yang driving nie tahu pasal Kuantan… so by the mean time dia bawak lah ke tempat-tempat menarik di Kuantan… yang bestnya dia bawak makan satar kat Tanjung Lumpur… fuhh… satar kat situ memang sedap… no wonder tempat tue sentiasa penuh… memang sehingga menjilat jari… abih makan tue pulak… dengan tidak disangka-sangka… dia orang ni nak bersantai kat Teluk Cempedak pulak… alamak… frust sikit lah… kalau tahu tadi… bawak seluar pendek… boleh mandi laut… sebenarnya dia orang ni pun tak expect nak pergi Teluk Cempedak… sekadar nak hilangkan rasa boring tu… so pergilah kejap sambil mencuci mata kalau ada… hehehe…
Seninnya… masuk kerja macam biasalah… lepas tue tetiap petang pergi makan keropok lekor… tak kisah lah memana kat Kedai Janda ker… Kemaman ker…. kekadang tue ikut senior staff… dia orang yang tunjukkan kat mana tempat makan yang menarik… Kedai Janda tue pun dia orang yang tunjukkan… aku pun tak tahu kenapa dia orang panggil Kedai Janda… lepas tue ada satu malam tue dia orang bawak pergi makan malam kat Kemaman… makan Nasi Ayam Kukus… fuhh… kembung perut dibuatnya… memang sangat sedap Nasi Ayam kukus tue… tak ada siapa boleh celen… hehehe… ayam yang dia bagi pun dahlah besar gabak….
Tibalah di penghujung minggu kedua… memula kami ingatkan dah boleh balik… tapi nampak gayanya tak boleh jugak sebab kerja tak abih lagi… so kena extend seminggu lagi… hmm… betapa kecewanya sedikit… apa nak buat dah tugas… nasik baik di penghujung minggu ketiga tue dah siap semua kerja… so dah boleh balik dah…
Sebenarnya tak ada idea nak tulis pasal Cherating ni… kerana ramai yang dah pergi… anyway… tunggu aku punya next Travel Log… Sayonara…
-frenz4ever-|-zekazroy-
Entries (RSS)