Author Archive

Every fans witnesses the return of Man United skipper, Gary Neville after being sidelined for a year because of injury. He played for 10 minutes as a sub on yesterday Man United CL match against Roma. It was great to see him back. It seems all the fan already miss him from the impression they made yesterday.

Hopefully by the return of Abg Gary will help United achieve the glory.

Glory… Glory… Man United..!!!

-frenz4ever-|-zekazroy-

Comments No Comments »

It’s really hard for Manchester United without the Dynamic Duo. It seems there is some lack at the defense without them as we can saw yesterday when ManU meets Boro. it’s just a bit of luck that we didn’t lost yesterday. We already lost Vida for three weeks with knee injury, and might be have to go with the rest of the game without Rio after he seems like have and ankle injury during the the game yesterday. So for surely ManU will go through the second leg of the Champions League without the Dynamic Duo.

Hopefully, Rio will not suffer any major injury so he can recover early and take back the Center Back position. It’s because there will be two important ahead. A game that will decide who will be crown as the Champions of Barclay’s Premier League.

-frenz4ever-|-zekazroy-

Comments No Comments »

Apa sudah jadi pada Pilihanraya ke-12 kali ini..?? Apakah rakyat sudah mula berfikir atau rakyat sudah mula berasa bosan dengan keadaan sekarang ini… Apakah kekurangan sebelah pihak dan apa pula kelebihan sebelah pihak lagi sehingga rakyat mula beralih arah…

Keputusan Pilihanraya kali ini sememangnya telah aku jangka sejak tarikh pilihanraya diumumkan lagi… terbukti jangkaan aku tepat… semestinya ada kejutan yang tidak disangka-sangka akan berlaku… apa sudah jadi…?? di mana silap nya..?? di mana kelebihannya pula..??

Sememangnya aku nie bukanlah jenis orang yang minat berpolitik… tapi aku mengikut segala perkembangan politik yang ada tidak kira dari mana-mana pihak sekalipun… secara jujurnya aku katakan… aku masih tidak menyebelahi mana-mana pihak lagi… aku masih dalam penilian untuk menentukan yang mana paling sesuai untuk aku sokong dan yang mana paling sesuai untuk aku tepiskan.. sekiranya ada lagi orang yang berfikiran macam aku nie… mereka-mereka ini masih ada peluang untuk memancing undi kami untuk pilihanraya akan datang… dengan membuktikan kebolehan yang ada…. biarlah orang kata aku seperti lalang… sekejap sebelah sini… sekejap sebelah sana… tapi ternyata aku masih tidak percaya kedua-dua pihak setakat ini…. aku masih pegang kepada kepecayaan sendiri… yang aku cuma percaya sekarang hanyalah Dia yang Satu dan takdir yang ditentukan olehNya… itu saja….

Apa yang telah berlaku sememangnya memeranjatkan ramai pihak… biarpun aku tidak turun untuk membuang undi kerana aku berada di perantauan… tapi berita ringkas yang dapat aku baca di CNN pagi semalam sudah berjaya membuktikan jangkaan aku ini tepat… cuma bernasib baik tidak berubah kepimpinan…. memang orang mengatakan menunaikan tanggungjawab dengan membuang undi itu penting… tapi kalau difikirkan balik… apalah sangat 1 undi… sekiranya kita kalah majoriti hampir seribu undi…. sekiranya kita kira secara matematik pun kita tahu…

Apa sudah jadi..?? ternyata rakyat sekarang sudah mula berfikir… siapa yang sesuai dan siapa yang tidak… keputusan pilihanraya ke-12 ini pun telah menyatakan dengan jelas apa keinginan rakyat… rakyat mungkin sudah bosan dengan apa yang dinyatakan oleh pihak sebelum ini… dan mula memikirkan pembaharuan… terbukti apa yang berlaku dalam 4 tahun ini amat meresahkan hati rakyat… terutama sekali berkaitan dengan kenaikan harga barang… apalah sangat gaji rakyat yang boleh disimpan sekiranya harga barang sentiasa naik… memang pendapatan kasar rakyat sekarang sudah meningkat… tapi kalau harga barang pun meningkat apa gunanya… dengan kehidupan sekarang ini penuh dengan hutang piutang… apa yang lebih menarik lagi… belum habis belajar lagi… hutang dah melambak-lambak… kalau yang hidup senang takper… tapi kasihanlah kepada orang susah untuk mendapat pendapatan… orang yang terpaksa kais pagi makan pagi tue… apalah sangat keuntungan yang kita ada… sekiranya kita rajin berkongsi dengan orang miskin atau kurang pendapata… itu bukan beramal namanya… program Bersamamu sahaja tidak cukup untuk membantu orang-orang susah ini… Yang mana yang berada tue janganlah lupa diri… bantulah orang yang susah… lagi rajin kita berkongsi rezeki… lagi besar rahmat yang kita akan perolehi di masa kelak….

Kenaikan tol satu isu lagi… sekiranya tol selalu naik… macam mana rakyat nak selalu pulang ke kampung untuk berjumpa saudara mara… gaji tak seberapa… sekali pulang ke kampung… ada yang akan habis dekat separuh gaji bulanan mereka… sekiranya dah begitu… macam mana mereka nak mengeratkan ikatan kekeluargaan… macam mana mereka nak merasa nikmat dusun-dusun yang ada di kampung… jangan kita fikir pokok tidak berbuah sebab dia sudah tidak boleh berbuah… pokok pun ada perasaan sekiranya tidak ada orang yang datang memetik buah… baik dia tidak berbuah langsung… sekiranya berbuah… membazir saja…

Kita sering diingatkan dengan sejarah perjuangan silam… sememangnya sejarah perjuangan silam itu mendatangkan seribu satu makna kepada kita… dan kami rakyat memamang berterima kasih dengan perjuangan tokoh-tokoh terdahulu…. tapi sejarah silam sahaja tidak mengukuhkan hujah-hujah yang dilemparkan… kita harus sedar… apa yang berlaku adalah bukan pada masa lampau… rakyat dah tak lihat masa lampau dah… yang rakyat dapat lihat sekarang adalah apa yang berlaku sekarang ini… apa salah silap zaman ini…. yang silam itu sudah menjadi sejarah… dah masuk dalam buku sejarah pun… tak guna diungkitkan… hanya boleh dikenang sahaja… tak guna juga kita ungkitkan sejarah perjuangan silam… sekiranya perjuangan kita pada abad ini tidak nekad seperti perjuangan tokoh-tokoh terdahulu… perjuangan sekarang banyak yang dijalankan hanya kata-kata sahaja… tak guna juga kita menyatakan setiap projek ini kita yang lakukan… bagi mereka yang mudah meluat… mereka akan merasa meluat jika melihat projek ini adalah dari ini… projek itu adalah dari itu…

Apa yang terjadi baru-baru ini biarlah kita ambil buat iktibar…. janganlah kita nak menuding jari pada sesiapa… kita renung balik… kita fikir balik… di mana silapnya… yang di atas perlu sentiasa beringat… kita tidak semestinya selamanya di atas… sekiranya kita tidak melakukannya dengan bersungguh-sungguh… kita akan jatuh… yang di bawah pula jangan asyik saja mencari kesalahan di atas… kerana nanti kita dan rakyat yang akan merana… bantulah dia sekiranya dia perlu… tegurlah dia sekiranya ada kesilapan yang terlihat…. jangan biarkan mereka-mereka ini lalai dengan duniawi… kerana bak kata Tun Dr Mahathir… melayu mudah lupa…. renungkanlah ayat tersebut… sememangnya manusia ini lemah… mudah lupa pada tanggungjawab… mudah hanyut pada kebendaan… dan ingat mengingati antara satu sama lain adalah tanggungjawab kita bersama… ingat itu… jangan fikir kita orang biasa kita tak ada tanggungjawab… itulah tanggungjawab paling utama sekali dengan ingat mengingati sesama kita….

Yang berjaya pada pilihanraya kali ini… Tahniah di ucapkan… tunaikanlah tanggungjawab dan apa yang telah dijanjikan pada rakyat… jangan abaikan…. dan jangan lupakan… pada yang kurang bernasib baik… mungkin bukan nasib kita… rakyat yang menentukan… kepada yang kecewa… fikir balik apa silap kita… apa salah kita… renung balik… dan cuba perbaiki segala kesalahan itu… ingatlah… manusia sentiasa lalai dengan hasutan syaitan…. apa yang aku boleh katakan… kita akan lihat perkembangan mereka yang berjaya ini dalam masa 5 tahun lagi… rakyat akan lihat segala yang kita lakukan… dan rakyat akan menilai balik setelah 5 tahun berikutnya… tunaikanlah tanggungjawab dan apa yang dijanjikan sebaik mungkin… fikirkanlah…

Jadi ingatlah… kenyataan ini bukanlah berpihak pada mana-mana… ia hanya sekadar luahan… dan sekadar untuk ingat mengingati antara satu sama lain… kerana kita tidak akan dapat lihat kesalahan kita sendiri… hanya orang yang akan perasan…. pilihanraya sudah selesai… bekerjasama lah antara satu sama lain… jang pentingkan diri sendiri…. jangan memberatkan tulang sekiranya pertolongan diperlukan… biarlah pertelingkahan fahaman hanya berlaku dalam pilihanraya sahaja… bukan selepas pilihanraya…

-frenz4ever-|-zekazroy-

Comments No Comments »

Destination 3 & 4 - Hong Kong

Destinasi berikut yang ditujui adalah Hong Kong… Kenapa aku letakkan Destination 3 & 4… sebab aku pergi dua kali kat Hong Kong nie…. kali kedua tue kena ganti orang… tue yang pergi urgent tue….

First sekali pergi masa bulan 8 hari tue… yang ini pergi untuk 2 minggu setengah jer… nasib baik pergi dengan Amir… kami panggil dia penghulu kat sana… sebab orang Hong Kong nak tanya direction pun tanya kat dia… dia jadi tourist guide kamilah… melancong ke sana sini….

Destinasi yang memula kami tujui adalah Kowloon… kami sebenarnya menetap di Pulau Lantau… perjalanan ke Bandaraya Hong Kong mengambil masa sejam dengan menaiki Ferry… tapi pada hari yang ini kami pergi naik MTR… diorg punya LRT lah… sebab nak beli ink printer kat Sam Shui Po… tempat nie tempat yang jual barang komputer jer… macam kat Imbi dengan Low Yatt lah… lepas tue star pukul 5 petang… buka pula kedai macam PS kat Aipliu Street… tapi PS nie berbeza skit… dia jual tools jer sepanjang jalan… lain takder…. termasuklah drill…

Weekend pulak… tourist guide kami yang tak bergaji pun membawa kami berjalan ke tempat-tempat menarik di Hong Kong nie lah…. hari Sabtu nya kami peri ke The Peak… tempat nie macam Bukit Bendera kat Penang lah…. nak naik atas kena naik Tram… lepas tue bila dah sampai atas tue nnt kita bleh tengok pulau Hong Kong lah…. tinggi dia aku tak sure… tapi bila duduk atas tue rasa mcm sama tinggi jer dgn bangunan paling tinggi dia orang tue… ha.. lagi satu bentuk permukaan bumi kat sini semuanya berbukit bukau… susah sangatlah nak jumpa tanah rata… so dia orang kira dah expert sangatlah.. sebab rumah dia orang semua di lereng bukit….

Sesudah mendaki tu… petangnya kami pergi ke Ladies Market pulak di Mong Kok… kat Mong Kok nie macam PS jugak… tapi satu jalan nie jual barang-barang dan aksesori perempuan jer… lepas tue jalan seberang pulak jual barang sports jer… Malam sikit kat jeti Ferry tue ada pertunjukkan lampu dan laser… setiap malam pukul 8 selama 20 minit… pertunjukkan nie melibatkan beberapa buah bangunan disertakan dengan lagu sekali…. dan hari besoknya kami just berjalan di Temple Street jer… sama macam PS lak….

So destinasi yang keempat pula tetap Hong Kong… di mana aku diminta menggantikan rakan sekerja secara urgent… sebab dia ada urusan peribadi yang tidak dapat dielak… nak tak nak kena pergi lah… tapi sedih sikitlah… sebabnya… aku kena berpuasa dan beraya di sana… tapi nak buat macam mana kan… dah kena bertugas…

Fly ke sana seminggu sebelum mulanya Ramadhan… kali ini pergi berseorangan tanpa teman… sedih tak…. so nak buat macam mana kan… bulan Ramadhan disambut seperti biasa juga walaupun berseorangan…. sahur n berbuka mcm biasa… tapi kali ini aku berbuka… masak sendiri… masak sardin dengan nasi jerlah… apa lagi yang boleh di makan kat situ… nasib baik kat hotel tue ada dapur… so bolehlah masak… waktu sahur n berbuka kat sini samalah macam kat Sabah dengan Sarawak… tapi semakin penghujung Ramadhan… waktu berpuasanya makin singkat… sahur dekat pukul 5 lebih n berbuka dalam pukul 6… tapi sepanjang bulan puasa tue… aku berbuka dalam bas jer dengan biskut… sbb time tue waktu balik kerja… cukup syarat berbuka jer… lepas tue barulah masak nasi… kekadang tue goreng sayur ler sikit… sini barang makan bertin dari Malaysia senang nak cari… kekadang tue sardin tue di import dari Malaysia… kat sini pun ada jual Super Ring tau…

Sebulan berpuasa…. kini beraya lah pulak kat Hong Kong… beraya pun sesorang… tapi bertapa terharunya aku bila office aku antar kuih raya ke sini…. banyak pulak tue… tak terlarat aku nak habiskan… beraya macam biasa tak ada beza… bezanya… malam raya tue… telipon balik KL lah mintak maap dengan mak ayah sedara…. itu jer… tapi takper pada hari raya keenam… aku balik KL… sebab dah ada orang ganti aku kat sini…

So apa lagi aku terus mintak cuti dua hari… balik jer KL… aku terus balik kampung di Melaka beraya… still beraya kan… cuma suasana jer kurang dah… ehhehe…

Until next destination… Sayonara….

-frenz4ever-|-zekazroy-

Comments No Comments »

Destination 2 - Cherating

Balik jer dari Jepun aku telah ditugaskan ke Cherating, Pahang bersama rakan-rakan seangkatan yang lain… tidak sampai seminggu kami di KL lagi dah kena ke tempat lain… apa nak katakan… dah tugas… di sini kami membuat installation di Telekom Cherating… kami dihantar ke sana selama 2 minggu untuk tugas ini…

Bila sampai Cherating ni.. aku rasa tak der apa yang aku boleh ceritakan… sebab kebanyakkannya semua dah pernah jejak Cherating… apa yang menarik adalah keropok-keropok lekor yang ada dijual di sepanjang jalan ke Kemaman…

Pada minggu pertama kami bekerja macam biasa… hehehe… malamnya…. pergi karaoke lah pulak… kat sini karaoke bersepah…. ada yang satu lagu RM 1, ada yang RM 1.50 dan macam-macam harga lagilah… biasalah… pepagi kerja dah penat… so malam enjoy lah sikit sambil menikmati juadah makan malam…. yang menarik nya… kebanyakkan karaoke nie ada di kedai makan… so terasa macam penghibur sambilan lah sekejap bila menyanyi tue…

Hujung minggu kami ke Kuantan… ikut member aku… dia nak jumpa member dia…. so follow jer lah… daripada boring duduk kat bilik… yang bagusnya… member aku yang driving nie tahu pasal Kuantan… so by the mean time dia bawak lah ke tempat-tempat menarik di Kuantan… yang bestnya dia bawak makan satar kat Tanjung Lumpur… fuhh… satar kat situ memang sedap… no wonder tempat tue sentiasa penuh… memang sehingga menjilat jari… abih makan tue pulak… dengan tidak disangka-sangka… dia orang ni nak bersantai kat Teluk Cempedak pulak… alamak… frust sikit lah… kalau tahu tadi… bawak seluar pendek… boleh mandi laut… sebenarnya dia orang ni pun tak expect nak pergi Teluk Cempedak… sekadar nak hilangkan rasa boring tu… so pergilah kejap sambil mencuci mata kalau ada… hehehe…

Seninnya… masuk kerja macam biasalah… lepas tue tetiap petang pergi makan keropok lekor… tak kisah lah memana kat Kedai Janda ker… Kemaman ker…. kekadang tue ikut senior staff… dia orang yang tunjukkan kat mana tempat makan yang menarik… Kedai Janda tue pun dia orang yang tunjukkan… aku pun tak tahu kenapa dia orang panggil Kedai Janda… lepas tue ada satu malam tue dia orang bawak pergi makan malam kat Kemaman… makan Nasi Ayam Kukus… fuhh… kembung perut dibuatnya… memang sangat sedap Nasi Ayam kukus tue… tak ada siapa boleh celen… hehehe… ayam yang dia bagi pun dahlah besar gabak….

Tibalah di penghujung minggu kedua… memula kami ingatkan dah boleh balik… tapi nampak gayanya tak boleh jugak sebab kerja tak abih lagi… so kena extend seminggu lagi… hmm… betapa kecewanya sedikit… apa nak buat dah tugas… nasik baik di penghujung minggu ketiga tue dah siap semua kerja… so dah boleh balik dah…

Sebenarnya tak ada idea nak tulis pasal Cherating ni… kerana ramai yang dah pergi… anyway… tunggu aku punya next Travel Log… Sayonara…

-frenz4ever-|-zekazroy-

Comments No Comments »

DESTINATION 1 - JAPAN Part 2

Ok.. hari tue aku bercerita pasal kisah aku di Kawasaki… sekarang nie aku nak cerita pulak kisah kami di Sendai, Jepun pulak… Sendai nie terletak di Utara Jepun (kalau tak caya jugak tengok Japan31peta lagi)…. jarak dier dari Tokyo lebih kurang 400km… lebih kurang KL dengan Aloq Setaq… hehehe… perjalanan mengambil masa lebih kurang 2  jam dengan menaiki Shinkansen (Bullet Train)… macam tak percaya kan dari KL ke Kedah 2 jam jer…. tapi ini realiti…

Kami terpaksa keluar pada awal pagi Ahad tue kerana hotel-hotel di Jepun nie semuanya check out pukul 10 pagi… kami semua pergi ke Stesen Kawasaki menaiki teksi (tak larat nak heret beg… masih berat…) untuk pergi ke Stesen Tokyo… kerana di Stesen Tokyo itulah kami akan menaiki Shinkansen untuk ke Sendai…. Stesen Tokyo nie memang besar… kalah KL Sentral… so kalau silap jalan confirm sesat… Stesen nie kalau tak silap aku dekat 4 tingkat… kalau tengok memang kagum… dari underground sampailah ke Shinkansen yang terletak paling atas sekali…. tapi di sebalik kagum tue ada yang sedih nyer… kami terpaksa menjadi macam orang merempat kat stesen tue… sebabnya keretapi kami pukul 3 petang… mahu tak sedihnya… dahlah duduk merempat macam pelarian… then makan Japan30 macam pelarian jugak… tapi apa nak buatkan… terpaksalah… dah lah makan pun susah… nasib baik memasing ada bawa bekal dari tanah air… so kongsi reramai lah… ada member yang tolong belikan nasi… kalau korang tengok mesti pelik n sedih(nanti aku upload gambar)… so kami pun naik tren lebih kurang pukul 2.55 petang… kalau dari dalam nampak tren tue macam tak laju jer…. tapi sekali tue time hujan… nampaklah air tue mengalir macam mana…. dalam tren nie macam kapal terbang… ada pramugari… hehehe…

kami tiba di Sendai lebih kurang kul 5 petang… terus gerak ke hotel dengan instructor kami… n berehat…. malam tue merayaplah apa lagi… tapi malam di sana memang sejuk… macam kat genting… nasib baik aku realise… so aku dah pakai long sleve semua… ada member aku yang pakai seluar pendek… langsung tak tahan…. besoknya kami start training untuk praktikal di kilang Celestica Dscf1811 NEC…. pergi balik ada driver jemput… hehehe… macam bos pulak… kat sini kami dapat lihat equipment tue dgn lebih dekat lagi… kami juga diajar untuk troubleshoot…. so selama 4 hari kami di sini dan kami pulang kembalik ke Tokyo pada petang khamis…

balik ke Tokyo kami menetap di Ueno untuk dua hari… besoknya kami pergi ambil sijil tamat kursus di NEC Super Tower… memula kami fikirkan majlis ni lama… tapi sekejap jer… n tak formal pun… tengah hari tue kami boleh balik… dah balik tue apa lagi… jenjalan lah… kami terus tuju Asakusa… kawasan temple dia lah… kat sini ada banyak souvenier… tapi souvenier sumer memahal… takleh buat apa lah… dah jenguh shopping dalam hujan tue kami pulang ke hotel tapi berpecah… aku dengan abg rasit balik dulu… razif, brahim n riduan berhajat nak pergi Akihabara tapi tak jadi… masa aku balik dgn abg rasit tue sempatlah singgah taman kat Ueno nie… bukan main cantik lagi view dier… sambil tue kami survey tiket Kensei Line (tren ke Airport) untuk besok…. sepulang jer ke tempat penginapan… kami tengok budak tiga orang nie dah balik… rupanya diorang balik dulu tukar baju n then baru pergi Akihabara….

Akhirnya, besok tue kami pulang ke tanah air pada pukul 11 pagi… betapa indahnya pengalaman berada di Jepun… biarpun makan nya susah… kalau boleh rasa nak pergi lagi… tapi kalau boleh time bunga sakura tengah kembang ler… hehehe… masa dalam kapal terbang nak balik tue…. kami berkenalan dengan dua awek jepun yang nak melawat Malaysia… nama dia Takako n Ichi…. fuh rasa bangga ada awek Jepun… hehehe…. anyway lepas balik nie… kami kena terus bertugas… tapi tak tau lagi pergi ke mana….

oklah setakat nie sahaja… sehingga ke catatan perjalan aku yg seterusnya…

-frenz4ever-|-zekazroy-

Comments No Comments »

DESTINATION 1 - JAPAN Part1

Lama dah aku nak tulis cerita nie tapi tak berkesempatan… untuk Japan021 pengetahuan mereka yang tidak tahu… aku telah berjaya menjejakkan diri di negara kelahiran Ultraman, Gaban, Masked Rider, n seangkatannya lah pada hujung ulan Jun yang lepas… negara Jepun lah…

Aku pergi ke sana kerana dihantar oleh company aku untuk menghadiri training yang diadakan oleh NEC Jepun… training ni berkaitan dengan kerja kita orang lah… huh… betapa berbangga dan bersyukurnya aku kerana diberi peluang sebegini…

Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 6 jam lah… dengan menaiki kapal terbang… bukan jalan kaki macam Blalang… hehehee… flight kita orang masa tu pagi kul 11… nak kena check in flight kul 9… fuh rasa malasjer nak bangun pagi… tapi nak pergi Jepun punya pasal… kenalah paksa diri bangun pagi… aku pergi sana dengan officemate aku… semuanya 5 orang termasuk aku… sesampai jer sana… semua jadi jakun kejap… maklumlah masing-masing tak pernah pergi Jepun kan… training kami di sana mengambil masa lebih kurang 2 minggu… di dua tempat yang berlainan iaitu di Kawasaki (bukan motor kawasaki yer) n Sendai….

Sesampai di Narita airport kami terus mengambil teksi dan pergi ke tempat penginapan yang telah disediakan di Kawasaki… kami duduk seorang sebilik… Jepun takut 2 orang lelaki sebilik… selama 5 malam kami di sini… tapi training hanya 3 hari… training bertempat di Kanagawa Science Park… dekat Kawasaki jugak lah… Kawasaki niImag0034  terletak di Selatan Tokyo… kalau tak percaya cuba tengok peta… perjalan ke tempat trainig lebih kurang 45 minit dengan tiga pengangkutan kaki, tren, n bas… kami perlu berjalan lebih kurang 10 hingga 15 minit ke stesen Kawasaki di mana di situ kami akan menaiki tren Ginza Line ke tempat latihan di Musashi-mizunokuchi… tren mengambil masa 29 minit (betul… perjalanan dia 29 minit)… apa yang mengagumkan aku sekarang ni… perjalan dia memang selama itu… lepas tu dia ada letak pukul berapa keretapi tiba n keretapi tu memang tiba mengikut masa… tapi kena tengok bebetul… silap naik pergi tempat lain… dia ada macam-macam link… nasib baik first day tu ada orang dia datang tolong tunjukkan… sesudah tiba di stesen yang ditujui tu… kami kena naik bas… yang bestnya bas dia ni… lepas pukul 10 pagi free.. tak yah bayar… tapi kena bayar jugaklah… sebab kami kena sampai sebelum kul 9… hahaha… kelas pulak pukul 9 pagi hingga 4 petang… fuhh… heavennya rasa… di sini kami diajar dari konsep teori jer… praktikal kat Sendai tu nanti… balik perjalanan pun sama jugak… tapi masa balik tu tak balik hotel dulu… terus pergi merayap bandar Kawasaki tu… dengan pakai blazer tu… tapi tak pelik bagi orang jepun… sebab kalau office hour memang dia orang macam tu… ada yang naik basikal pakai blazer… even bercinta pakai blazer…

Lepas tiga hari training kami dapat satu hari free… apa lagi… pergi berjalan lah… destinasi yang disasarkan adalah Tokyo Disneyland… Japan27 yeeha…!! tapi tiket dia mahal… nak masuk punya pasal… mahal  pun tak kisah… sekali masuk 5800 yen (kira sendiri)… memang best bila sampai situ tapi tak sempat nak enjoy abih… sebab orang ramai sangat… macam berjalan di KL pulak hari tu… sempat main 2 game jer… lagipun kami nak pergi tempat lain belah petangnya… so tu yang balik cepat sikit… petangnya pulak kami pergi ke Akihabara.. tempat ini dipanggil bandar elektronik… sebab macam-macam barangan elektronik bersepah jual kat sini… bebudak ni abih beli kamera.. aku tak beli.. sebab takder budget…

Oklah.. sampai sini dulu… nanti aku sambung lagi untuk minggu kedua pulak…

-frenz4ever-|-zekazroy

Comments 3 Comments »

Lama sudah tidak menulis blog… rasa rindu pulak… bukan tak nak menulis… tapi sebabnya tak ada internet connection… nak buat mcm mana kan…

Hari ini adalah hari kedua aku berpuasa di rantauan… perit jugak lah nak katakan… yerlah selalu berbuka mesti pergi beli kuih ker… lauk ker… ini takder.. kekadang tue berbuka dengan roti or biskut jer… nak masak nasi pun ikut mood (sekarang nie dah pandai masak nasi dengan sardin tau)… kalau rajin masak… kalau tak itu yang berbuka roti n biskut tue… bersahur pulak pukul 3 pagi plak tue… sebab imsak dier area-area 4.45 pagi macam tue lah kan….. kekadang tue bersahur teguk air kosong jer… tapi nasib baiklah dulu dah biasa bersahur pukul 3 pagi masa kat U dulu… so tak kisah sangat lah… n nasib baiklah aku nie jenis bersahur tak makan banyak…

Ramai yang bertanya… boleh tahan ker…??? of course lah boleh… benda wajib kan… nak tak nak kenalah tahan… apa yang berlaku disekeliling semuanya adalah dugaan semata-mata… tapi nasib baiklah tempat aku kerja nie kat pedalaman sikit… n tempat nie sejuk plak tue… maklumlah dekat stesen… tempat ni macam server room lah… so tak panas sangat… n tengahari tak perlu keluar… sebab kalau hari bukan bulan puasa pun aku malas nak keluar… bukan apa… tempat makan tue jauh… lebih kurang 10 minit perjalanan… biarpun 10 minit… tapi jalan dia tue naik turun bukit…. dahlah naik turun bukit… lepas tue panas plak tue… of course lah aku tak pergi mana-mana… n yang best part nyer plak…. balik jer terus buka… sebab maghrib kat sini lebih kurang 6.30 petang… so balik-balik kerja teruslah buka… teguk air dulu lepas tue baru fikir nak masak ker tidak….

So ini experience baru bagi aku berpuasa di rantauan… sepanjang Ramadhan aku akan berada di sini… n Raya nanti pun aku beraya di sini… nak buat macam mana dah komitmen lah katakan… nak tak nak kena turut lah jugak… kerja dengan Jepun nie mana tahu raya… tapi oklah dia orang nie understanding… bolehlah… maybe kalau aku rajin besok aku pergi berbuka kat Central Hong Kong… sebab kat situ ada kedai orang Pakistan n Singapore… cuma tak dapat merasa apa yang ada di Tanah Air sediri lah… cuma dapat lepaskan sangap nak makan makanan Halal itu jer…

Oklah… untuk rakan-rakan semua Salam Ramadhan n Selamat Berpuasa dari Lantau, Hong Kong…. zekazroy -frenz4ever-

Comments 1 Comment »

Khas buat mereka yang pernah aku sayangi espeacially orang-orang yang aku admire dan juga kepada mereka yang pernah menyayangi aku, juga tidak dilupakan kepada mereka-mereka yang menyayangi sesiapa sahaja di seantero dunia ini. Dari Sountrack filem Cicakman…. layan gila lah lagu nie…!!!

Jika Ku Tak Bangun Esok Pagi
Yusry

Jika ku tak bangun esok pagi
Sayangku kau jagalah diri
Sentiasa ingatkan hati
Dirimu amat ku cintai

Andainya dihimpit kesusahan
Sujud dan mohon pada tuhan
Agar diberikan bimbingan
Meniti hidup bersendirian

Bila terasa sejuk pejamkan mata
Bayangkan dalam dakapanku
Bila terasa rindu pejamkan mata
Kita bersua dalam lena

Kalau ada yang sudi mengganti
Sayang lepaskanlah ku pergi
Kerna sayang seistimewamu
Berpatut dicinta dalam hidup

Sayang
Tiada apa yang kekal di dalam dunia ini
Namun yang pasti walaupun ku tiada nanti
Cintaku akan kekal abadi

Bila terasa sejuk pejamkan mata
Bayangkan dalam dakapanku
Bila terasa rindu pejamkan mata
Kita bersua dalam lena

Ku berharap kau tak akan lupa
Mengirimkan bekalan doa
Kita jumpa lagi di sana nanti
Jika ku tak bangun esok pagi

Jika ku tak bangun esok pagi

Comments 1 Comment »

Seronok tengok semua kengkawan yang dah kahwin seronok bila dapat anak… aku pun tumpang seronok jugak… orang sibuk happy-happy dengan anak diorang…. aku pun happy jugak dapat anak… tapi bukan anak akulah… cuma anak buah aku jer…. pada tengah hari tanggal 14 mac 2007… seorang bayi perempuan telah dilahirkan…. Amanda Balqish… itulah anak buah aku… bukan anak aku… aku belum sampai seru lagi… bini pun takder lagi… nak berangan nak dapat anak… apa boleh buat cuma tumpang anak orang jer lah… dia adalah anak along aku… anak kelima dia… anak buah kelapan aku… kopak lagi aku bila time raya nanti (macam aku pernah bagi duit raya jer… dapat lagi adalah…)… huhuhuh… actually nama tue tak confirm lagi… aku baru dengar khabar angin… nampak gaya kalau sampai seru aku kahwin nanti kena lah fikir nama anak lain…. semua nama anak yang aku nak orang dah amik…. Balqish tue yang last sekali dalam database aku… tapi takper… nak tak nak dia anak buah aku jugak kan… terima jerlah… oklah… sampai sini jer celoteh aku… kita sambung lain kali yer… sayonara… frenz4ever…!!!

Comments No Comments »